Sunday 10 February 2013

Tanpa di sedari

sedar tak sedar dah hampir 2 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan, dan dah hampir setahun aku belajar di kolej yang bagi aku tempat baru. aku dah habis sem 2 dah pun 4/3 nie aku dah masuk sem 3, macam tak percaya jer. macam-macam dah aku belajar dari dunia luar nie, macam-macam orang macam-macam perangai yang aku jumpa dan menjadikan aku lebih dewasa sebagai seorang manusia dalam membuat keputusan.dan aku juga belajar bahawa tak semua yang kita bayangkan indah tu  indah sebenarnya. pada hakikat dan relitinya yang kita sangka indah itu hanyalah sangkaan kita, bukan senang merasai keindahan sebenar. kita perlu merasakan kesusahan sebelum merasai keindahan dan itulah erti sebuah kehidupan, kerana hidup sering diibaratkan seperti roda. adakala kita akan berada di atas dan adakala kita akan berada di bawah, dan kehidupan kita akan berputar begitu. itulah yang aku belajar di kehidupan aku yang baru sebagai seorang pelajar kampus, aku semakin mengerti erti kehidupan yang sebenarnya dan aku semakin menjadi dewasa dengan pengalaman yang aku lalui setiap hari. mengenalkan aku erti sahabat sejati yang mana kaca yang mana permata dan yang mana bagiku berharga yang mana bagiku terluka. hidup adalah proses belajar dan aku sedang melalui proses mengenal dunia luar dari dunia persekolahan yang telah aku tinggalkan. aku semakin mengenal erti dunia yang penuh dengan lakonan, penipuan, dusta dan kepura2an. yang baik menjadi jahat dan yang jahat menjadi baik ada juga jahat semakin jahat,macam2 ragam orang dari tempat yang berlainan dengan macam2 karenah. ada karenah yang menyenangkan, ada yang mencuit hati dan ada juga yang menyakitkan hati. dan pengubatnya hanyalah sabar dan mengalah bukan kerana kalah tapi tak mahu berbalah. hebatnya dunia luar banyak menguji kesabaran seseorang.



hati yang punya seribu rahsia
~farhana~

No comments:

Post a Comment