Friday 24 August 2012

SEBUAH JANJI YANG TAK TERTUNAI...

membuat janji adalah mudah sangat mudah, tapi untuk menunaikan sebuah janji adalah sukar bagi mereka yang tak berpegang pada janji. jangan membuat janji kalau kita tak pasti kita dapat tunaikan atau tak, dan jangan berjanji kalau kita tak mampu tunaikan. janji merupakan kata2 yang harus dikotakan dan tidak boleh di mungkiri, tapi adakalanya kita terpaksa melupakan janji telah di buat dahulu kerana kita menghadapi kesukaran untuk menunaikan janji itu. sama seperti aku, aku masih memegang pada sebuah janji yang pernah dijanjikan pada aku dahulu. walaupun aku tau janji itu tak mungkin akan tertunai, kerana janji itu bukan milik aku lagi.tapi tak mengapa biar janji itu aku semat di ingatan sebagai kenangan, dan aku hanya dapat menunaikan sekejap cuma janji yang teah aku buat untuk dia. tapi janji yang aku buat untuknya masih lagi sah, sekiranya dia memerlukan aku dia boleh mencari aku di sini. maafkan aku, bukan aku tak mahu untuk melupakannya. aku sedang cuba, tapi agak sukar aku sendiri tak tau kenapa. mungkin kerana dia terlalu istimewa buat aku, dia telah memahat nama dan janjinya terlalu utuh di hati ini sehingga aku terlalu sukar buang dia jauh di ingatan. tapi aku yakin, aku akan melupakan dia dan janjinya satu hari nanti. cuma aku tak pasti satu hari nanti itu bila, kerana segala yang berlaku terlalu pantas dia hadir terlalu sekejap dalam hidup aku dan menghilang begitu sahaja menyebabkan aku nanar seketika ketika kehilangan dia. sekarang aku cuba bangkit dengan tekad untuk melupakan dia dan melupakan janjinya, kerana janjinya bukan lagi untuk aku tapi untuk orang baru yang berada di sampingnya kini. semoga di dapat menunaikan janji yang pernah dia buat untuk aku dulu bersama orang baru, dan semoga dia bahagia selamanya aku takkan pernah membenci dia.


hati yang punya seribu rahsia
~farhana~

Wednesday 22 August 2012

KUNCI PADA HATI

terkunci hati ini ibarat terkunci, dan tak dapat di buka lagi. walaupun ada yang ingin masuk dan aku cuba membukanya, tapi cubaan itu gagal kerana kunci yang diletakakan pada hatiku kali ini sangat kuat. aku bukan tak mahu melupakan, tapi aku sedang cuba melupakan cuma masa yang aku perlukan agak lama. kerana aku benar2 penat kali ini, penat menampal luka di hati dan mungkin juga kerana aku pernah berjanji dia yang terakhir dan sekiranya hubungan aku dan dia berakhir tiada lagi pengganti. kerana aku mahu fokus dalam pelajaran, itu kata hati aku dan aku seolah2 terikat dengan kata2 itu. aku mahu biarkan kenangan itu berkubur tanpa nisan, supaya aku tidak mencarinya lagi. tapi aku manusia biasaa dan adakalanya kenangan itu terusik jua, maaf bukan aku sengaja tapi aku juga manusia biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. aku harap ada insan yang boleh membuka kunci di hati ini dan membantu aku menampal luka pada hati ini bersama.



hati punya seribu rahsia
~farhana~

Friday 17 August 2012

SYAWAL TIBA LAGI....

bagaikan baru berpisah, sudah bertemu kembali. itulah yang aku ibaratkan syawal kali ini, aku rasa bagai baru semalam syawal melabuhkan tirainya dan  meninggalkan seribu satu kenangan yang indah buat aku sekeluarga. kini ia tiba lagi, menggamit memori dari sanubari. mengimbas kembali pelbagai peristiwa yang terjadi, namun adakalanya kesedihan tersembunyi di sebalik kegembiraan. kenangan yang bagaikan pahit untuk ditelan dan sukar untuk terluah di biarkan terapung di permukaan hati tanpa tujuan. hingga tiba saatnya kesedihan cuit tangkai hati mengingati kenangan itu, mungkin orang sekeliling menganggap ianya perkara biasa. tapi bagi aku amat sukar menghadapi semua ini. percaya atau tidak itulah yang tersembunyi di sebalik keindahan syawal yang kita nikmati....




hati yang punya seribu rahsia
~farhana~