Friday 24 August 2012

SEBUAH JANJI YANG TAK TERTUNAI...

membuat janji adalah mudah sangat mudah, tapi untuk menunaikan sebuah janji adalah sukar bagi mereka yang tak berpegang pada janji. jangan membuat janji kalau kita tak pasti kita dapat tunaikan atau tak, dan jangan berjanji kalau kita tak mampu tunaikan. janji merupakan kata2 yang harus dikotakan dan tidak boleh di mungkiri, tapi adakalanya kita terpaksa melupakan janji telah di buat dahulu kerana kita menghadapi kesukaran untuk menunaikan janji itu. sama seperti aku, aku masih memegang pada sebuah janji yang pernah dijanjikan pada aku dahulu. walaupun aku tau janji itu tak mungkin akan tertunai, kerana janji itu bukan milik aku lagi.tapi tak mengapa biar janji itu aku semat di ingatan sebagai kenangan, dan aku hanya dapat menunaikan sekejap cuma janji yang teah aku buat untuk dia. tapi janji yang aku buat untuknya masih lagi sah, sekiranya dia memerlukan aku dia boleh mencari aku di sini. maafkan aku, bukan aku tak mahu untuk melupakannya. aku sedang cuba, tapi agak sukar aku sendiri tak tau kenapa. mungkin kerana dia terlalu istimewa buat aku, dia telah memahat nama dan janjinya terlalu utuh di hati ini sehingga aku terlalu sukar buang dia jauh di ingatan. tapi aku yakin, aku akan melupakan dia dan janjinya satu hari nanti. cuma aku tak pasti satu hari nanti itu bila, kerana segala yang berlaku terlalu pantas dia hadir terlalu sekejap dalam hidup aku dan menghilang begitu sahaja menyebabkan aku nanar seketika ketika kehilangan dia. sekarang aku cuba bangkit dengan tekad untuk melupakan dia dan melupakan janjinya, kerana janjinya bukan lagi untuk aku tapi untuk orang baru yang berada di sampingnya kini. semoga di dapat menunaikan janji yang pernah dia buat untuk aku dulu bersama orang baru, dan semoga dia bahagia selamanya aku takkan pernah membenci dia.


hati yang punya seribu rahsia
~farhana~

Wednesday 22 August 2012

KUNCI PADA HATI

terkunci hati ini ibarat terkunci, dan tak dapat di buka lagi. walaupun ada yang ingin masuk dan aku cuba membukanya, tapi cubaan itu gagal kerana kunci yang diletakakan pada hatiku kali ini sangat kuat. aku bukan tak mahu melupakan, tapi aku sedang cuba melupakan cuma masa yang aku perlukan agak lama. kerana aku benar2 penat kali ini, penat menampal luka di hati dan mungkin juga kerana aku pernah berjanji dia yang terakhir dan sekiranya hubungan aku dan dia berakhir tiada lagi pengganti. kerana aku mahu fokus dalam pelajaran, itu kata hati aku dan aku seolah2 terikat dengan kata2 itu. aku mahu biarkan kenangan itu berkubur tanpa nisan, supaya aku tidak mencarinya lagi. tapi aku manusia biasaa dan adakalanya kenangan itu terusik jua, maaf bukan aku sengaja tapi aku juga manusia biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. aku harap ada insan yang boleh membuka kunci di hati ini dan membantu aku menampal luka pada hati ini bersama.



hati punya seribu rahsia
~farhana~

Friday 17 August 2012

SYAWAL TIBA LAGI....

bagaikan baru berpisah, sudah bertemu kembali. itulah yang aku ibaratkan syawal kali ini, aku rasa bagai baru semalam syawal melabuhkan tirainya dan  meninggalkan seribu satu kenangan yang indah buat aku sekeluarga. kini ia tiba lagi, menggamit memori dari sanubari. mengimbas kembali pelbagai peristiwa yang terjadi, namun adakalanya kesedihan tersembunyi di sebalik kegembiraan. kenangan yang bagaikan pahit untuk ditelan dan sukar untuk terluah di biarkan terapung di permukaan hati tanpa tujuan. hingga tiba saatnya kesedihan cuit tangkai hati mengingati kenangan itu, mungkin orang sekeliling menganggap ianya perkara biasa. tapi bagi aku amat sukar menghadapi semua ini. percaya atau tidak itulah yang tersembunyi di sebalik keindahan syawal yang kita nikmati....




hati yang punya seribu rahsia
~farhana~

Monday 23 July 2012

KAWAN BARU....

Kehadiran sahabat baru dalam hidup aq adlah penyeri bagi aq...
mereka merupakan anugerah yang tak mungkin akan aq persiakan kerna mereka sentiasa di hati..wlaupun aq tidak mengetahui sejauh mana kepentingan aq di hati mereka tapi cukuplah sekadar aq mengetahui bhawa mereka begitu penting bagi aq...mengenali mereka selama 3 bulan lebih menyebabkan aq lebih mengenali keletah dan ragam manusia yang berbgai di sekeliling aq, aq bersyukur kerana di beri kesempatan dan peluang untuk mengenali mereka dalam hidup aq...kehadiran setiap daripada mereka adlah ketentuan-NYA yang telah menetapkan aq berkenalan dan nersahabat dengan mereka, dan setiap dari mereka adlah kekuatan baru dalam hidup aq....pepatah pernah menyatakan 'friendship never ends' dan aq percaya pada itu dan aq juga berpegang pada satu kata2 yang sntiasa tersemat dalam hati aq iaitu 'sekali kau sahabat aq selamanya kau tetap sahabatku' jadi takkan ada istilah 'fall in love with my friend' dan sebgainya. Kerana bagi aq kalau aq dah kawan dengan seseorang dan di tkdirkan tiba2 aq jatuh hati padanya dan kami bercinta, pasti akan ada suatu saat kami akan bertengkar dan sekiranya perhbungan yang dikatakan 'CINTA' itu putus di tengah berjalan bermakna persahabatan aq dan dia juga akan berakhir...aq tidak mahu pengakhiran yang sebegitu, wlaupun 'yang patah tumbuh dan yang hilang berganti' tapi kekurangan seorang kawan bagaikan kekurangan satu semangat dalam hidup aq....bagi aq biarlah aq kekalkan persahabatan ini di dunia dan insyaAllah sehingga ke syurga...kerana 'mencari seribu kawan mungkin mudah,tapi untuk menjaga seribu kawan bukan mudah'......



                                                                       hati yang punya seribu rahsia....
                  ~farhana~

TINTA HATI

setelah sekian lame aq menyepi dari menekan tinta ini, hari ini aq menulis lagi....aq berhenti seketika dari menulis novel aq kerana aq ingin menulis tentang tinta hati...mungkin segala yang aq lalui adlah sempurna jika di lihat dari mata kasar, kerana aq mampu ketawa dan tersenyum seperti biasa.mungkin kerana sejak dari dlu aq sering mengajar hati aq untk menerima saja setiap ape yg berlaku dan bersabar dengan setiap ape yang terjadi..hehe.. memang kalau orang tak faham aq akan marah dengan cara aq, tapi hakikatnya aq adlah aq dan hati aq telah terbiasa dengan bersabar..wlaupun sebnarnya aq pnat...penat bertemankan bayang2, penat bertemankan rindu yang tak pasti...hati ini sering kali di lukai sehinggakan aq sudah lali dengan segala luka....kerana setiap kali hati aq ingin sembuh sepenuhnya dari luka dan setiap kali itu lah hati aq akan di sakiti dan berdrah kmbali...lalu hati aq menjadi tabah sendri dan menjadi semakin sbar dengan ape yg berlaku...hati ini seolah2 mngerti ape yg aq prlukan lalu sekeping hati ini setia menemani aq sepanjang masa dan dilukai bersma aq...hati ini masih punyer rasa, dan mnghrap akan ade sekeping hati lain yg dpat membaca ape yg tersurat dan tersirat pda sekeping hati milik aq..tapi malang nya aq masih belum temui sekeping hati itu...oleh kerana hati itu sepsang ciptaannya ada kalanya hati ini rasa sunyi dan mngharap ada peneman yg sudi di sisi...menerima segala kekurangan sang hati, menymbuhkan luka lama dan baru dan memberi kegembiraan buat sang hati yang menanti kehdiran pasangannya.

Sunday 26 February 2012

kopi & tea

6

"aku kat sini sedih2 mak bapak aku bukan main seronok lagi gelak ketawa yer" omel Suraya sendiri dalam hati.
" hoi! termenung" sergah Harris dari belakang.
" opocot! eh manusia nie! awk nie memang hobi ek terkejutkan orang camnie?" marah Suraya kepada Harris.
" eh bukanlah aku buat part time jer.hehe" balas Harris loyar buruk.
" hurm malam nie awk tido kat sana ek " bidas Suraya sambil menunding jari ke arah satu sofa panjang yang berhadapan dengan katil.
" eh! nape pulak aku kena tido situ? kan katil tu besar ape salah nyer kite kongsi? letak r bantal kat tengah2 tu." soal Harris berserta penjelasan.
" banyak awk punyer cekodok basi , letak bantal? pastu nanti bila awk dah lena bukan nyer awk sedar. nanti ntah ke mana bantal awk campak. tido jer kt sofa diam2 tau."terang Suraya panjang lebar.
Sedang mereka berdebat tentang tempat tido pintu bilik mereka di ketuk dari luar.mereka berpandangan sesama sendiri.kemudian pintu bilik di kuak kedua org tua mereka masuk.
" korang nie kenapa? bergaduh ek?" soal Datuk Hisham.
" papa ade bilik lain tak? Ris tak nak tido bilik nie r"ujar Harris
" lah kenapa pulak? tido jer la dengan isteri kamu nie ape salah nyer" balas Datuk Hisham
" alah papa nie leceh r "balas Harris
" keputusanyer korang tetap kena tido satu bilik and no objection.clear?" tegas Datuk Harun seolah-olah memberi arahan kepada pekerjanya.
Setelah semua tetamu pulang Harris naik ke bilik tidur. Dia terlihat selimut dan bantal telah tersedia di sofa.
" pompuan nie da prepare awl2 da? bagus betol patut r awal2 da hilang." ngomel Harris dalam hati.
dia terus berlalu ke kamar mandi.malam itu sepatutnya di nikmati sebagai pasangan pengantin baru tetapi mereka sebaliknya.
Sorng tidur di atas katil dan sorng lagi di sofa , baru saja meletakkan kepala Harris terus terlelap terlalu mengantuk dan kepenatan dengan kenduri tadi. Harris terus hilang di ulit mimpi begitu juga dengan Suraya. 



                           ~bersambung~
                 ~farhana~ 

Wednesday 1 February 2012

kopi & tea

5


Hari yang di tunggu-tunggu oleh Encik Harun dan Datuk Hisham  tiba juga. " Akhirnya berbesan jugak kite ye Run" ujar Datuk Hisham sambil menepuk-nepuk bahu Encik Harun, sementara Encik Harun hanya tersenyum. Sementara di bilik pengantin pasangan yang tidak berapa bahagia sibuk berbincang.
" saya nak kita buat perjanjian."  ujar Suaraya kepada Harris
" perjanjian? perjanjian ape?" soal Harris pula
" kita tak boleh ganggu privacy hidup masing-masing selagi kite belum suka antara satu sama lain, ok?" balas Suraya lagi
" ok deal! aku pon tak berminat nak tau pasal hidup ko lar" balas Harris sambil memerli.
" awak nie kenapa? tak boley cakap leklok ke?"soal Suraya
" elok ape aku cakap"balas Harris selamba.
" elok ape macam tu? bahasa kasar." bidas Suraya
" sorry lar Su tapi aku memang macam nie..." Harris menarik nafas seketika dan menyambung.
" selagi aku takde perasaan kat kau selagi tu bahasa aku takkan berubah.kecuali bila depan family kite ok? aku harap kau faham" terang Harris panjang.
" ok, terpulang pada awak saya terima selagi tak melampaui batas." ujar Suraya lagi.
" ok, terima kasih" balas Harris ringkas.
melihat senyuman di muka Suraya Harris menjadi musykil kerana rasanya dia tidak berjenaka pun.
" yang kau sengih nape? aku tak buat lawak pon aku rase" ujar Harris kehairanan
"memang awak tak buat lawak cume baru saya tau yang awak pon reti cakap terima kasih ek?" balas Suraya sambil tersenyum.
" aku pon tau budi bahasa jugak ok" terang Harris.




                   ~bersambung~
                      ~farhana~ 

Thursday 12 January 2012

kopi & tea

4
Di rumah Harris Haiqal suasana agak riuh dengan gelak tawa ibu bapa Suraya dan Haiqal, hanya mereka sahaja yang bersikap dingin sesama sendiri.
"Jadi bila nak di langsungkan majlis mereka berdua nie?" soal Encik Harun kepada Datuk Hisham.
"Saya rasa lebih cepat lebih baik baru senang hati saya nie.."balas Datuk Hisham.
"Kalau macam tu kita buat hujung bulan nie ok tak?"soal Encik Harun lagi.
"ok jugak tu saya setuju sangat"balas Datuk Hisham bersungguh-sungguh.
"hujung bulan nie!!!!"soal Suraya dan Haiqal saling berpandangan masing-masing menelan air liur.
Keesokkan harinya ketika di kampus Suraya pergi ke kafe untuk membeli minuman kegemarannya iaitu tea'o ais.
 "kak, bagi tea'o ais satu ek bungkus"pinta Suraya
"kak, bagi saya kopi'o ais yer bungkus"pinta Haiqal pula.
Suraya menoleh kerana seolah-olah kenal dengan suara itu sangkaannya tepat apabila melihat Haiqal berdiri terpacak di belakangnya sambil tersengih seperti kerang busuk.
"awak minum kopi yer?"tanya Suraya.
"ha'ah saya memang suka minum kopi."balas Haiqal 
"owh"balas Suraya ringkas.
"awak tak suka minum kopi ke?"tanya Haiqal pulak.
"tak!saya suka minum tea jer"balas Suraya sambil berbisik dalam hati. "reti bersopan jugak mamat nie rupanyer"
"awak dah bersedia nak kahwin ngan saya"tanya Haiqal.
Pertanyaan itu mengejutkan Suraya yang sedang termenung sendirian.
"mestilah tak! saya tak fikir pon yang saya akan kahwin dalam usia yang sangat muda" jawab Suraya dengan nada sedikit kesal.
"saya pon sama jugak."balas Haiqal.
Setelah mengambil minuman mereka masing-masing berjalan mengikut haluan masing-masing, mereka memikirkan mengenai perkahwinan tanpa kerelaan mereka dalam keterpaksaan mereka berdua harus pasrah.



                                            ~bersambung~
                  ~farhana~ 

Monday 9 January 2012

kopi & tea

       3


Sehari berada di kampus untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah menyebabkan suraya lupa tentang perkara lain. "oi mak cik! tekunnya dia buat kerja yer?" tegur Najwa dari belakang.
"kau nie wa nak bagi aku sakit jantung ke ape?"balas Suraya lagi. "ala sorry lah dah kau tekun sangat buat kerja saje aku kacau.hehe"bidas Najwa sambil tersengih.
"sorry naik lori lah,lain kali kau buat lagi aku sekeh kepala kau"ugut Suraya.
Najwa hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk,melihat kelibat Danish memasuki perpustakaan pantas Najwa berbisik di telinga Suraya.
"buah hati kau datanglah Su."bisik Najwa
dengan pantas Suraya menoleh kepalanya, Danish melemparkan senyuman manis kepada Suraya dan menghampirinya.
"Hai Su! dah nak balik ke?" soal Danish
"Ha'ah,dah lama dah kat sini.Danish ade study group ke?"soal Suraya kembali
"Ha'ah,ok lah nanti ada mase kita sembang lagi yer" balas Danish sambil berlalu meninggalkan Suraya dan Najwa, Danish melambai tangan kepada mereka berdua dan Suraya hanya mampu membalas dengan senyuman.
"seronok dapat berbual ngan penawar jantung?"soal Najwa mengusik Suraya.
"kau nie merepek jer,dah lah jom balik." balas Suraya sambil melangkah kaki meninggalkan perpustakaan UPM.
Hari tu hati Suraya berbunga riang kerana dapat bersembang dengan Danish walaupun hanya seketika cukup untuk melegakan hatinya gelisah.
"Su!"panggil Encik Harun.
"ya papa!"sahut Suraya.
"Esok ikut papa jumpa uncle Hisham yer."balas Encik Harun dan terus berlalu.
Suraya tidak sempat memberi alasan untuk mengelak.
"adoi! nak kena jumpa mankuk tu pulak dah!malas betul lah.ish papa nie ntah ape yang ade kat si gile tu yang papa gila-gila kan sangat aku pon tak tau"bebel Suraya sendirian sambil mengeluh panjang.Suraya bangun menghampiri suis lampu dan mematikan lampu biliknya kemudian menuju ke katil untuk tidur dia malas untuk berfikir apa yang akan terjadi esok.



                                   bersambung....
                     ~farhana~ 

Sunday 1 January 2012

kopi & tea

2
 
"papa su tak nak kahwin dengan Haiqal tu" ujar Suraya kepada Encik Harun seakan meminta simpati.
"tak boleh su kena kahwin jugak dengan Haiqal tu.ape kurangnya Haiqal tu? hensem tu, anak datuk lagi su tak nak ke?"balas papanya memujuk.
"ala kalau hensem muka tapi hati tak hensem nak buat ape pa? kalau setakat anak datuk tu tak payah nak berlagak sangatlah tak ke mana pun datuknya tu"bidas Suraya tak mahu mengalah dan terus berusaha.
"sudah kamu jangan nak bagi alasan lagi papa tak nak dengar.keputusan papa muktamad!"sedikit tinggi nada Encik Harun
"Su kena kahwin jugak dengan Harris Haiqal tu paham?"sambung Encik Harun lagi.Suraya tidak lagi berani membangkang kata-kata papanya takut dimarahi. Di rumah Haiqal pula suasananya hampir sama  dengan rumah Suraya.
"macam mana papa boleh kenal dengan papa Suraya tu?"soal Haiqal ingin tahu.
"dulu papa dengan uncle Harun kamu satu sekolah,kami satu kelas dari sekolah rendah sampai ke universiti."jelas Datuk Hisham ringkas. Haiqal hanya mengangguk tanda faham.
"tapi kenapa Haiqal kena kahwin dengan Suraya tu papa?Haiqal tak nak kahwin dengan dia lagipun i'm only 19 ok muda lagi papa." ujar Haiqal lagi.
"papa dengan uncle Harun memang dah janji untuk jodohkan kamu bila kamu dah besar nanti.papa nak kamu terima sajalah Suraya tu anggap mungkin dia yang terbaik buat kamu."jelas Datuk Hisham panjang lebar. Haiqal hanya mampu menelan air liur mendengar papanya berkata begitu. "takkanlah aku nak kahwin ngan musuh aku sendiri?"soalnya sendirian.
Ketika di kolej mereka tetap bergaduh seperti biasa,tetapi menjadi lebih hebat selepas mereka mengetahui bahawa meraka di jodohkan.
"kau nie kan menyemak tau tak!kau boleh blah tak dari sini?rimaslah aku tengok!"ujar Haiqal slumber.
"yang kau tengok aku kenapa?aku ade suruh kau tengok aku ke?kan banyak lagi benda yang kau boleh tengok."balas Suraya.
"suka hati aku lah nak tengok ape pon yang kau sibuk tu kenapa?"jawab Haiqal lagi.
"so,aku punyer suke lah nak pegi mane pon yang kau sibuk tu kenapa?"balas Suraya lagi geram dengan Haiqal.
"kau nie nak makan tapak kasut aku dulu agaknyer baru kau senyapkan?"ujar Haiqal sengaja mengundang kemarahan Suraya.
"wah!wah! melebih kau nie ek?ape kau ingat kau bagus sangat?kau ingat kau anak datuk semua orang sanjung kau?eh! blah lah wei!"tempelak Suraya.
"kalau setakat dengan harta papa kau nie kau nak berlagak ngan aku tak payah lah wei.aku nie belum kemaruk lagi nak harta kau! harta bapak aku banyak lagi ok?! so kau tak payah nak risau."sambung Suraya sambil mengangkat kaki meninggalkan Haiqal yang masih terkedu. Tapi langkah Suraya terhenti kembali memandang ke arah Haiqal.
"heh! kau dengar sini ek! segala ape yang kau ade sekarang nie bukan kau punyer tau! tapi bapak kau punyer! segala yang kau ade nie hasil usaha dari bapak kau jugak! kalau kau pernah dapatkan sesuatu dengan usaha kau sendiri baru kau boleh kate itu kau punyer faham!"ujar Suraya panjang lebar melepaskan geram.
Haiqal menelan air liur mendengar kata-kata Suraya, sungguh dia tidak menyangka gadis yang selama ini bersabar boleh berkata sebegitu terhadap dia. Hari ini dia mengaku dia telah tewas di tangan seorang gadis bernama Suraya Nabila.
 
 
 
 
 
                                          ~bersambung~
                                             ~farhana~