Wednesday 20 February 2013

hati ini

duhai hati,
menangis kesakitan tapi tak didengari oleh orang lain.
duhai hati,
semakin dipendam semakin sakit dan perit menjerut hati.
duhai hati,
semakin ingin diubati semakin kerap dilukai.
duhai hati,
semakin lali dengan luka dan cedera padanya.
duhai hati,
sudah tak mampu menerima sebarang ubat dan hanya ingin sembuh sendiri.
kerana ingin sembuh sendiri, sang hati menguncikan diri di kamar kosong. Tak siapa pun yang dibenarkan masuk, walau ada yang mencuba namun hati enggan menerima. kerana takut penawar yang di hulur adalah racun berbisa yang hanya mampu menambah sakit dan luka pada hati, ia rela tidak di huni dari di huni dan di sakiti. sukar mendekati hati yang tersakiti, kerana ia semakin jauh membawa diri dan menyendiri. Tidak ingin luka lama berdarah kembali ia rela menjadi hati yang sepi, kerana sakitnya tak tahu mengambil masa berapa lama untuk sembuh sepenuhnya. penawar sudah, ubat sudah, jahitan sudah, plaster pun sudah. Namun masih darah ini tak henti mengalir, sudah tidak tahu bagaimana rupa hati ini setelah cedera, terluka, dan berdarah. puas menjaga hati yang lain, tapi hati ini tak mampu menjaga dirinya sendiri. kerana sayangkan hati-hati yang lain, hati ini tidak kesah akan kecederaannya walaupun semakin dilukakan hati ini tetap terus bertahan demi menjaga hati-hati yang lain. Doanya semoga tiada hati yang akan cedera lagi sepertinya, biarlah hati ini yang menjaga hati-hati yang lain walau tiada hati yang menjaga hati ini.






hati yang punya seribu rahsia
~farhana~ 

No comments:

Post a Comment