Wednesday 20 February 2013

hati ini

duhai hati,
menangis kesakitan tapi tak didengari oleh orang lain.
duhai hati,
semakin dipendam semakin sakit dan perit menjerut hati.
duhai hati,
semakin ingin diubati semakin kerap dilukai.
duhai hati,
semakin lali dengan luka dan cedera padanya.
duhai hati,
sudah tak mampu menerima sebarang ubat dan hanya ingin sembuh sendiri.
kerana ingin sembuh sendiri, sang hati menguncikan diri di kamar kosong. Tak siapa pun yang dibenarkan masuk, walau ada yang mencuba namun hati enggan menerima. kerana takut penawar yang di hulur adalah racun berbisa yang hanya mampu menambah sakit dan luka pada hati, ia rela tidak di huni dari di huni dan di sakiti. sukar mendekati hati yang tersakiti, kerana ia semakin jauh membawa diri dan menyendiri. Tidak ingin luka lama berdarah kembali ia rela menjadi hati yang sepi, kerana sakitnya tak tahu mengambil masa berapa lama untuk sembuh sepenuhnya. penawar sudah, ubat sudah, jahitan sudah, plaster pun sudah. Namun masih darah ini tak henti mengalir, sudah tidak tahu bagaimana rupa hati ini setelah cedera, terluka, dan berdarah. puas menjaga hati yang lain, tapi hati ini tak mampu menjaga dirinya sendiri. kerana sayangkan hati-hati yang lain, hati ini tidak kesah akan kecederaannya walaupun semakin dilukakan hati ini tetap terus bertahan demi menjaga hati-hati yang lain. Doanya semoga tiada hati yang akan cedera lagi sepertinya, biarlah hati ini yang menjaga hati-hati yang lain walau tiada hati yang menjaga hati ini.






hati yang punya seribu rahsia
~farhana~ 

Friday 15 February 2013

aku kenal dorang nie...

aku kenal budak2 nie time sekolah rendah lagi, time tu sume nerd lagi yela budak sekolah rendahkan budak laki rambut stok buku teks rambut belah tengah. hehe.. masuk sekolah menengah masing2 dah matured, yang laki dah hensem yang pompuan dah cantik2 dah. tapi still member lagi, aku ingat lagi kenangan kite dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. aku tak pernah lupa, aku kenal tipah time darjah 2 kat batu arang. time lawan pemadam ngan azly, danial, ngan hafizuddin dulu. pastu aku ingat jugak time aku gaduh ngan anuar dulu, lame gyler. hehe... masuk sekolah menengah aku kenal fasha aku rapat ngan dia, pastu aku kenal azmer. nadirah, ayu aku kenal time darjah 6. pastu aku kenal afiq pulak, masuk form 4 aku kenal ahmad acap, nazrul, ngan budak kelas yang lain. dorang nie banyak betol kerenah, pening jugak aku tengok dorang kadang2 tapi dorang nie lah harta aku yang tak ternilai. dengan dorang macam2 kenangan aku ade, pahit, manis, suka, duka, pendek kata lengkap lah. dengan dorang macam2 aku belajar, erti kawan, sahabat, member. serius aku tak tau kenapa aku boleh sayang gyler kat dorang nie, sampaikan ape sekalipon yang aku buat dorang nie tak pernah aku buang dari ingatan tau. senang citer ape pon yang aku buat dalam hidup aku kena ade dorang, sikit pon ingatan tu kena ade. dorang macam segala2nya bagi aku, kekuatan aku pembakar semangat segalanya lah. aku bersyukur sangat, sebab aku ade dorang nie dalam hidup aku. pelengkap hidup aku, dorang nie lah. aku bersyukur sangat sebab DIA bagi aku hadiah paling mahal kat dunia nie, dorang nie lah hadiahnyer. perkenalan antara aku dengan dorang adalah anugerah yang tak mungkin aku sia2 kan, dorang permata yang takkan ada gantinya. sungguh aku sayang dorang sangat2.



hati yang punya seribu rahsia
~farhana~ 

Sunday 10 February 2013

Tanpa di sedari

sedar tak sedar dah hampir 2 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan, dan dah hampir setahun aku belajar di kolej yang bagi aku tempat baru. aku dah habis sem 2 dah pun 4/3 nie aku dah masuk sem 3, macam tak percaya jer. macam-macam dah aku belajar dari dunia luar nie, macam-macam orang macam-macam perangai yang aku jumpa dan menjadikan aku lebih dewasa sebagai seorang manusia dalam membuat keputusan.dan aku juga belajar bahawa tak semua yang kita bayangkan indah tu  indah sebenarnya. pada hakikat dan relitinya yang kita sangka indah itu hanyalah sangkaan kita, bukan senang merasai keindahan sebenar. kita perlu merasakan kesusahan sebelum merasai keindahan dan itulah erti sebuah kehidupan, kerana hidup sering diibaratkan seperti roda. adakala kita akan berada di atas dan adakala kita akan berada di bawah, dan kehidupan kita akan berputar begitu. itulah yang aku belajar di kehidupan aku yang baru sebagai seorang pelajar kampus, aku semakin mengerti erti kehidupan yang sebenarnya dan aku semakin menjadi dewasa dengan pengalaman yang aku lalui setiap hari. mengenalkan aku erti sahabat sejati yang mana kaca yang mana permata dan yang mana bagiku berharga yang mana bagiku terluka. hidup adalah proses belajar dan aku sedang melalui proses mengenal dunia luar dari dunia persekolahan yang telah aku tinggalkan. aku semakin mengenal erti dunia yang penuh dengan lakonan, penipuan, dusta dan kepura2an. yang baik menjadi jahat dan yang jahat menjadi baik ada juga jahat semakin jahat,macam2 ragam orang dari tempat yang berlainan dengan macam2 karenah. ada karenah yang menyenangkan, ada yang mencuit hati dan ada juga yang menyakitkan hati. dan pengubatnya hanyalah sabar dan mengalah bukan kerana kalah tapi tak mahu berbalah. hebatnya dunia luar banyak menguji kesabaran seseorang.



hati yang punya seribu rahsia
~farhana~