Aku memerhati wajah itu dari jauh wajah yang kelihatan tenang bagi aku. Aduhai! Danish, kenapa kau membuat hatiku jadi tak keruan?. "Hoi! mengelamun pulak budak nie." sergah Najwa dari belakang. Najwa sahabat baik Suraya, yang sentiasa bersama tak kira susah atau senang dialah peneman setia. "Mana ada lah, kau nie kacau betul tau. Aku baru berangan putera kayangan datang jumpa aku, tiba-tiba kau masuk pulak, potong betulah.hehe" Temberang Suraya sebenarnya dia sedang asyik memandang jejaka idamannya itu.
Haiqal Harris, indah sungguh nama itu. Tapi sayangnya, perangainya tak seindah namanya kerana dia sering menjadikan Suraya bahan usikkan dan ejekkan dia dan rakan-rakannya. "Tepilah! ini tempat aku, aku dah cop dulu tadi kau pergilah duduk tempat lain sibuk jer." Jerkah Haiqal kepada suraya, terkejut Suraya dibuatnya menyirap darah Suraya apabila disergah begitu sekali. "Kau nie dah tak reti nak cakap elok-elok ke? kau ingat aku nie dah pekak sangat ke?" balas Suraya kepada Haiqal. Mereka berdua ialah musuh tradisi sejak azali lagi, satu kampus mengetahui mengenai perkara itu termasuk pensyarah mereka. "Kau yang sewel nak marah aku pulak!" balas Haiqal tak mahu mengalah. "Kau tu yang sengal tak sedar diri,bajet bagus pulak kat sini" balas Suraya lagi. "Sudahlah tu Haiqal, jangan bergaduh dengan perempuan lah beralah jer." jelas Firdaus sahabat baik kepada Haiqal. "ntah Su, kau jangan layan dia nie." sambung Najwa pulak.
"Sewel" jerit Haiqal, "Sengal" balas Suraya lagi.kemudian mereka berpecah membawa haluan masing-masing
"Su malam nie kite dinner kat luar yer? papa nak jumpe kawan lame papa sekali boleh yer?" soal papa kepada Suraya."Baiklah papa" balas Suraya ringkas.
"Kita duduk sini dululah yer? kawan papa tu tak sampai lagilah" ujar papanya bersahaja.
"Baiklah papa kite tunggu mereka dulu yer" jawab Suraya selamba.
Suraya yang hanya berpakaian santai dengan seluar jeans dan t-shirt polo berwarna biru menyumbat telinganya dengan earfone dan memasang lagu. Sementara menanti kedatangan kawan lama yang di maksudkan papanya itu, dia tidak mengetahui rancangan papa dan mamanya yang mahu menjodohkannya dengan anak kepada kawan lama papanya itu.
" Su nie kawan papa Datuk Hisham dan isterinya Datin Salmi, ouh sebelum terlupa ini anak lelaki mereka Haiqal Harris" terang papanya sebaik sahaja Datuk Hisham tiba.
Sebaik sahaja mendengar nama Haikal Harris tersentak Suraya dibuatnya, tapi cuba berwajah selamba kerana Haiqal juga tidak terkejut dengan kehadirannya. "Rasanya korang berdua dah kenal antara satu sama lain kan? korang kan satu kampus?" soal Datuk Hisham kepada mereka berdua. Mereka saling berpandangan dan mengangguk. "Baguslah macam tu senang sikit rancangan kita yer sham?'bidas papa Suraya kepada Datuk Hisham."Rancangan?" soal mereka berdua serentak.
"Rancangan apa papa?" sambung Suraya lagi, dia sedikit cemas mendengar kata-kata papanya sebentar tadi
mamanya dan Datin Salmi hanya tersenyum sahaja.
"Kami cadang nak jodohkan kamu berdua" beritahu Datuk Hisham. "Maksud papa?" balas Haiqal, dia mahu penerangan lanjut mengenai hal itu.
"Maksudnya kami mahu kamu berdua berkahwin"terang papa Suraya dengan lebih lanjut sambil tersenyum.
"Kahwin?!!"serentak mereka berdua terjerit.
"Dengan minah sewel nie? tak aku" bisik Haiqal dalam hati, "Dengan lelaki berlagak nie? terima kasih jer lah" ngomel Suraya sendirian.
"Ya! dan ini muktamad tiada bantahan faham?"sambung papa Haiqal lagi.
mereka berdua terdiam menelan air liur ucapan yang keluar dari mulut papa Haiqal bagai satu arahan yang mesti di patuhi oleh mereka berdua.
bersambung.....
~farhana~