Monday 25 March 2013

menanti titik noktah.

adakalanya aku berharap bahawa aku tidak pernah mengenali kau, dengan itu aku tidak akan berasa sakit seperti sekarang. adakalanya aku berharap yang kau tak pernah hadir dalam hidup aku, maka aku takkan berasa kehilangan seperti sekarang. adakalanya juga aku merasakan aku ingin lari, jauh dari kau agar kita tak begitu rapat seperti sekarang. tapi itu semua hanya apa yang aku inginkan, tapi segala yang terjadi dalam hidup aku telah tertulis dan aku hanya menjalani dengan redha. aku tau aku tak sepatutnya bertingkah rasa di dalam hati, seolah-olah melawan kehendak takdir. tapi aku tidak bermaksud begitu jujur, aku ikhlas dengan apa yang telah terjadi dalam hidup aku. tak pernah sedikit pun terlintas di hatiku untuk menyesali, dengan apa yang telah terjadi. cuma adakalanya, hati aku terasa teramat penat dan lelah untuk menjalani dugaan hidup. aku sangkakan aku cukup kuat, rupanya kekuatan aku tidak mencukupi. kesabaran di hati masih tidak mencukupi, namun aku benar-benar berharap agar aku sentiasa di beri kekuatan dan kesabaran dalam menjalani liku-liku hidup aku yang masih panjang. aku tak tau bila hidup aku akan ternoktah, namun selagi jantung masih berdegup aku perlu teruskan perjalanan. belum sampai masanya untuk aku berhenti, sekiranya aku terasa penat sekalipun aku akan gunakan kesabaran dan kekuatan sebagai bekal untuk menghadapi perjalanan yang entah bila tiba ke penghujungnya. aku lali dengan luka yang tercalit di hati, parut berbekas yang tak mungkin hilang. tak mengapa, itu ertinya aku belajar sesuatu dalam hidup aku. semoga hati aku akan terus tabah, dan sabar menghadapi segala ujian dalam hidup.
 
 
hati yang punya seribu rahsia
~farhana~ 

No comments:

Post a Comment